Petroleum merupakan bahan mentah untuk pelbagai produk kimia, termasuk pelarut, baja, racun perosak, wangian sintetik dan plastik. Petroleum merupakan bahan penting kepada pelbagai industri dan penting untuk mengekalkan tamadun perindustrian dalam konfigurasi semasa dan dengan itu menjadi kebimbangan kritikal bagi banyak negara. Kerajaan-kerajaan seperti Amerika Syarikat menyediakan subsidi awam yang banyak kepada syarikat-syarikat petroleum. Ini menunjukkan betapa pentingnya syarikat petroleum bagi mereka. Industri petroleum juga dikenali sebagai industri minyak dan gas.
contoh perindustrian petroleum
Perkembangan Industri Petroleum Di Malaysia
Infografik kronologi perkembangan industri petroleum di Malaysia
Pada
akhir
tahun
1991, keluasan
Kawasan kontrak
negara ialah kira-kira
530,000 km persegi dan sehingga
kini
dengan
jumlah
rezab
minyak
yang masih ada iaitu 3.8 ribu juta tong dan rezab
gas pula sebanyak 67.8
trillion kaki padu. Dengan
anggapan
tiada
penemuan
rezab
baru
dan kadar pengeluaran purata
minyak
600,000 tong sehari, rezab minyak negara mampu
bertahan
selama
lebih
kurang
15 tahun lagi manakala dengan
kadar
pengeluaran
purata
gas sebanyak 1.7 ribu
juta
kaki padu sehari, rezab gas negara pula mampu
bertahan
selama
95 tahun lagi. Industri
petroleum di Malaysia merangkumi sektor
juluan,
iaitu
penjelajahan,
penggerudian,
pengeluaran
dan pembangunan reserbor
petroleum dan sektor hiliran seperti
pemprosesan,
penapisan,
pembangunan
dan pemasaran bahan-bahan
berasaskan
petroleum serta aktiviti petrokimia.
Sumbangan Perubahan Harga Petroleum Ke Atas Pendapatan Negara
• Mewujudkan peluang pekerjaan:
•Sektor perlombongan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir dan buruh.
•Kadar pengangguran dapat dikurangkan dan hasil pendapatan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
•Sumber pendapatan negara meningkat:
•Eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM 14.2 billion dapat membiayai projek-projek pembangunan negara.
•Hasil eksport petroleum yang berkualiti tinggi ke luar negara menyebabkan aliran masuk wang ke dalam negara meningkat.
•Meningkatkan KDNK dan pendapatan eksport negara:
•Hasil perlombongan yang dieksport seperti petroleum mentah akan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada Malaysia.
•Pendapatan ini dapat membantu Malaysia melaksanakan pelbagai projek pembangunan negara.
Jadual kesan kenaikan dan penurunan harga petroleum terhadap pendapatan negara
Sumbangan perubahan harga petroleum ke atas pendidikan negara
• Menyediakan peluang pendidikan:
•Kerajaan dapat menawarkan lebih banyak peluang pendidikan kerana mempunyai sumber kewangan daripada petroleum yang mencukupi dengan membina lebih banyak sekolah atau university.
•Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui
projek perkongsian pintar:
•Teknologi tinggi mungkin diimport atau diperolehi melalui usaha sama dengan syarikat asing.
•Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan bagi menghasilkan produk berkualiti.
•Misalnya teknologi seismic dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum.
•Melahirkan tenaga mahir menerusi tajaan PESP:
•Menerusi PESP (program penajaan pendidikan petronas) syarikat tersebut telah memberi sumbangan kepada negara dalam menyediakan bakat-bakat mahir terutamanya dalam bidang industri minyak dalam pelbagai bidang dan disiplin.
Kesan
Kesan
Jadual kesan kenaikan dan penurunan harga petroleum terhadap pendapatan dan pendidikan negara
Tayangan Video
Sejarah perlombongan petroleum di Malaysia
Kesimpulan
Kesimpulannya,tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada industri minyak dan gas.Malaysia turut terjejas akibat kemelesetan ekonomi global yang bermula pada suku etiga tahun 2008 dan berterusan hingga suku pertama tahun 2009. Daripada para pekerja di sektor berkenaan, pendapatan kerajaan menerusi royalty dan
juga cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak yang turut naik gara-gara harga minyak.Sumber petroleum
pada era ini semakin berkurangan, oleh itu kita haruslah menggunakan petroleum dengan rasional supaya tidak membazirkan sumber ini dan mencemarkan alam sekitar.
Nice, I like this
ReplyDeleteIt is useful for me. 😍 Thanks a lot! Great job! 👍👍
ReplyDeleteSimple and understandable. Good job!
ReplyDeletewoww nicee
ReplyDeleteMelalui blog ini , saya lebih mengetahui perkembangan petroleum dan juga kebaikan petroleum yang datang kepada manusia contohnya segi kewangan. Blog ini adalah mudah dan senang untuk dibaca. Ucapkan terima kasih ke atas blogger yang menyediakan blog ini.
ReplyDeleteGreat job! Research ni amat teliti.
ReplyDeleteNiceee sangat jelas
ReplyDelete