Sunday, August 25, 2019

Disediakan oleh: Sia Lin Ling dan Shazrin Iskandar bin Zabidi

Pengenalan
Petroleum merupakan bahan mentah untuk pelbagai produk kimia, termasuk pelarut, baja, racun perosak, wangian sintetik dan plastik. Petroleum merupakan bahan penting kepada pelbagai industri dan penting untuk mengekalkan tamadun perindustrian dalam konfigurasi semasa dan dengan itu menjadi kebimbangan kritikal bagi banyak negara. Kerajaan-kerajaan seperti Amerika Syarikat menyediakan subsidi awam yang banyak kepada syarikat-syarikat petroleum. Ini menunjukkan betapa pentingnya syarikat petroleum bagi mereka. Industri petroleum juga dikenali sebagai industri minyak dan gas.

contoh perindustrian petroleum

Perkembangan Industri Petroleum Di Malaysia

Infografik kronologi perkembangan industri petroleum di Malaysia


Pada akhir tahun 1991, keluasan Kawasan kontrak negara ialah kira-kira 530,000 km persegi dan sehingga kini dengan jumlah rezab minyak yang masih ada iaitu 3.8 ribu juta tong dan rezab gas pula sebanyak 67.8 trillion kaki paduDengan anggapan tiada penemuan rezab baru dan kadar pengeluaran purata minyak 600,000 tong sehari, rezab minyak negara mampu bertahan selama lebih kurang 15 tahun lagi manakala dengan kadar pengeluaran purata gas sebanyak 1.7 ribu juta kaki padu sehari, rezab gas negara pula mampu bertahan selama 95 tahun lagiIndustri petroleum di Malaysia merangkumi sektor juluan, iaitu penjelajahan, penggerudian, pengeluaran dan pembangunan reserbor petroleum dan sektor hiliran seperti pemprosesan, penapisan, pembangunan dan pemasaran bahan-bahan berasaskan petroleum serta aktiviti petrokimia.

Sumbangan Perubahan Harga Petroleum Ke Atas Pendapatan Negara


                             Related image         

  Mewujudkan peluang pekerjaan:
     Sektor perlombongan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir dan buruh.
     Kadar pengangguran dapat dikurangkan dan hasil pendapatan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

Sumber pendapatan negara meningkat:
     Eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM 14.2 billion dapat membiayai projek-projek pembangunan negara.
     •Hasil eksport petroleum yang berkualiti tinggi ke luar negara menyebabkan aliran masuk wang ke dalam negara meningkat.

Meningkatkan KDNK dan pendapatan eksport negara:
     Hasil perlombongan yang dieksport seperti petroleum mentah akan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada Malaysia.
     •Pendapatan ini dapat membantu Malaysia melaksanakan pelbagai projek pembangunan negara.

Jadual kesan kenaikan dan penurunan harga petroleum terhadap pendapatan negara

Sumbangan perubahan harga petroleum ke atas pendidikan negara 



                                             Image result for pendidikan
Menyediakan peluang pendidikan:
  •Kerajaan dapat menawarkan lebih banyak peluang pendidikan kerana mempunyai sumber kewangan daripada petroleum yang mencukupi dengan membina lebih banyak sekolah atau university.

Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui
  projek perkongsian pintar:
     Teknologi tinggi mungkin diimport atau diperolehi melalui usaha sama dengan syarikat asing.
  •Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan bagi menghasilkan produk berkualiti.
     •Misalnya teknologi seismic dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum.
Melahirkan tenaga mahir menerusi tajaan PESP:
    Menerusi PESP (program penajaan pendidikan petronas) syarikat tersebut telah memberi sumbangan kepada negara dalam menyediakan bakat-bakat mahir terutamanya dalam bidang industri minyak dalam pelbagai bidang dan disiplin.

Kesan




 
Jadual kesan kenaikan dan penurunan harga petroleum terhadap pendapatan dan pendidikan negara

Tayangan Video

Sejarah perlombongan petroleum di Malaysia


Kesimpulan

Kesimpulannya,tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada industri minyak dan gas.Malaysia turut terjejas akibat kemelesetan ekonomi global yang bermula pada suku etiga tahun 2008 dan berterusan hingga suku pertama tahun 2009. Daripada para pekerja di sektor berkenaan, pendapatan kerajaan menerusi royalty dan juga cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak yang turut naik gara-gara harga minyak.Sumber petroleum pada era ini semakin berkurangan, oleh itu kita haruslah menggunakan petroleum dengan rasional supaya tidak membazirkan sumber ini dan mencemarkan alam sekitar.

Disediakan oleh: Sia Lin Ling dan Shazrin Iskandar bin Zabidi

Pengenalan Petroleum merupakan bahan mentah untuk pelbagai produk kimia, termasuk pelarut, baja, racun perosak, wangian sintetik dan plast...